Thursday, 7 February 2013

Hijab wig pulak..?


Trend sekarang ni dah semakin pelik.. kreatif yang terlampau pun boleh jadi entah pape ntah.. aku still berpegang kepada istilah less is more...lepas isu pasal turban ( or i can say it serban versi wanita  ), sekarang ni heboh pulak pasal hijab wig..

Tudung yang bila di pakai boleh feeling-feeling macam free hair la kot... sebab dia macam ada benda bergulung kat bahagian tepi tudung, which boleh di assume sebagai rambut???...like seriously?...kalau dah pakai tudung.. kenapa kena ada niat nak nampak macam ala-ala ber wig?.. nampak macam dah lari tujuan asalnya untuk menutup aurat...


Kalau nak cakap soal agama ni bukan senang, sebab kat luar sana ramai ustaz dan ustazah yang sama ada bertauliah atau pun tak yang ada pendapat sendiri.. Pada aku perkara ni simple je..selagi kita tau niat kita, dan menutup secara sempurna its ok..tapi rasanya kalau niat kita memang betul-betul nak menutup aurat kerana suruhan Allah dan menjaga hak sebagai seorang wanita, tak pakai kot benda-benda macam ni...

Aku still kagum dengan selebriti Diana Amir.. Bagi aku dia memang betul-betul dah dapat hidayah daripada Allah. sebab aku masih ingat lagi cara berpakaian dia dulu..pakai dress pendek sampai dah tak boleh nak pendek lagi...kira dah singkat sesingkat-singkatnya lah tu..tapi sekarang tengok dia.. pakai tudung sentiasa labuh, menutup bahagian yang sepatutnya..Aku rasa mesti dia menyesal yang teramat sangat bila teringat kisah lalu dia... Kagum dengan beliau..sangat!..


So nasihat aku kepada pembaca, jangan terlampau nak mengikut trend sangat. jangan jadi macam kerbau dicucuk hidung.kita yang decide untuk hidup kita..in fact xde pun orang nak persoalkan kalau kita pakai tak ikut trend.. kebanyakan orang ni risau dengan ape yang orang kata.. Tapi pernah tak kita fikir apa yang tuhan kata... lantak pi lah apa orang nak kata..yang penting aku selamat dunia akhirat..ameenn!...

p/s 1 : Fesyen, trend , teknologi sentiasa berkembang..tak payah terlalu taksub nak ikut semua tu
p/s 2 : Tak nak mengaibkan sesapa, boleh la googl e sendiri macam mana rhgopenye hijab wig ni..


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)

1 comment:

  1. haah, mcm2 trend skang ni..
    baru2 ni diana amir ade dtg USIM utk1 program ni..
    nampak laa dy btol2 da berubah.
    pakai pn sederhana je. xde laa nak hot2 bagai.
    ok laa mcm tu..

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!