Sunday, 21 April 2013

Apa dah jadi dengan blog aku.!!! OMO.!

Jap..aku nak bagitau OMO tu kalau ikut yang aku google ialah :

It's a Korean expression. For example, some people say "omo omo omo" has the meaning of oh my gosh. Or, you could say,"Omo, that's so cute!"

Sebab dah lama jugak la aku tertanya-tanya apa OMO ni..igt diorang typo nak tulis OMG..sampai lah satu masa dah ramai sangat orang tulis OMO...aku pun google..macam-macam jawapan aku jumpa..tapi ini lah kot yang paling releven...dan aku tweet meaning OMO ni..dia telah di retweet oleh peminat tegar k-pop..so aku assume betul lah kot...hikhik..

kalau nak ikut bahasa blog..orang selalu tulis yang blog dia berswang bila dah tinggal lama..tapi yang herannya tak delah plak sawang kat blog aku ni..yang ada cuma habuk-habuk je la kot...tu pun sebab dah lama tak lap skrin laptop ni...bhahah

Ok lah..aku ni memang jenis homosapiens yang cepat bosan dengan sesuatu..as yols can see...memula blogging tu sampai tigaploh entry sebulan...dan jumlah tu pun berkurang setiap bulan sampai laaaa ni..dah berminggu-minggu aku tak hupdate...tah bape minggu tah..ke bulan..malas nak cek...

walaupun begitu..aku tetap bukak blogger.com ni hari-hari sebab nak baca entry-entry daripada blog yang aku follow...kekadang tu ada jugak entry yang menarik ni.. tapi aku..?..tak de yang menarik pun nak post..hidup aku just semakin-hari semakin sayang..eh!..semakin boring...nak letak gambar dalam entry pun malas..hah hadap je la apa yang ade ni...

Apa yang aku boleh nasihat buat masa ni..cuma buatlah pilihan yang tepat untuk negara..sempena PRU 13 ni kan..macam-macam berita kita dengar.. nilai la sebaiknya dan jangan lah kerana dunia kita lupa akan perkara yang lebih penting kelak..Adios!!!

No comments:

Post a Comment

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!