Wednesday, 31 July 2013

Terima nasihat daripada semua orang

Biasannya kita akan melihat sesuatu yang orang lain tak ada,tapi kita ada. Pada aku sendiri, setiap orang adalah sama, tak kiralah sapa pun kita, pangkat apa pun, kita still lack something. apa yang kita nampak pada seseorang tak semestinya itu adalah keseluruhan dirinya.

susah nak nilai orang, tapi tak salah untuk buat first impression cuma jangan terus percaya dengan apa yang di andaikan sampai lah betul-betul pasti. Orang yang berpengaruh senang untuk mendapat kepercayaan orang lain. Walaupun apa yang dia sampaikan tu simple je sebenarnya, tapi bila yang menyampaikan tu adalah somebody, mesti kita akan lebih appreciate.

Cuba kalau mak cik cleaner yang bagi nasihat (bukan menghina), mesti kita akan macam buat dengar tak dengar je. tapi tau ke kita pengalaman mak cik tu, mungkin lebih hebat daripada orang yang kita kagum. cuma kerana Allah itu maha adil, dia jadi cleaner.

we are different and special..each and everyone in this world are different. tak salah nak membandingkan hidup kita dengan orang lain, tapi cuba bersyukur dengan apa yang kita ada dulu. At the end kita akan fikir yang we are not that bad. there are still people out there yang lebih unfortunate. mungkin we dont even think of that people are exist.

Yang penting kita cuba yang terbaik dalam setiap apa pun yang kita ceburi dalam hidup. kalau jadi tukang kebun sekalipun, jadi tukang kebun yang paling master. driver, jadi driver yang paling cekap. promoter kat pasaraya ke, jadi promoter yang paling banyak buat sales. kehidupan kita adalah untuk kepuasan diri kita. jangan kisah apa orang kata sampai kita pun menyusahkan diri sendiri. Allah tu adil,rezeki sentiasa sama rata pada kita, cuma dalam bentuk yang berbeza-beza dan kita sedar ataupun tak.

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI

No comments:

Post a Comment

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!